Thursday, November 7, 2013

Turning Point

Turning point? Setiap orang mempunyai sebab untuk berubah. Perubahan seseorang itu mesti di sebabkan sesuatu keadaan atau perkara yang berlaku dalam hidupnya selalunya secara sengaja mahupun tidak.Hidup manusia memang begitu.Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Kita yang akan menilai perkara tersebut memberi kesan keatas kita secara langsung atau tidak.

Oleh itu, kita perlu bermuhasabah setiap kejadian yang berlaku ke atas diri kita samada ia nya betul-betul "turning point" untuk kita berubah. Mungkin setiap orang selalu alpa dan leka dengan apa yang berlaku terhadap diri kita.Menganggap perkara sedemikian adalah biasa boleh membinasakan kita kelak.

Dalam mengharungi hidup ini, kita perlu sentiasa sedar, apa yang terjadi itu adalah peringatan untuk kita yang sentiasa lalai.Manusia itu lemah kerana kita ini hanyalah hambaNya. Kita perlu cepat sedar untuk mendepani cabaran yang lagi besar mendatang.

Hidup ini satu perjuangan yang tidak akan selesai sehingga nyawa dikandung badan. Ingatlah,jangan mengharapkan orang lain untuk menjadi sebab untuk berubah tetapi jadikan orang lain sebagai alat untuk berubah.Analoginya begini, sekiranya kita ingin ke sesuatu tempat yang jauh, kita memerlukan kenderaan untuk bergerak. Namun, tanpa diduga kenderaan kita mengalami kerosakan. Adakah kita akan membatalkan hasrat kita untuk ke tempat itu sekiranya benar-benar terdesak? Sudah tentu tidak! Kita pasti mencari alternatif untuk ke sana juga !

Begitulah dengan menganggap apa yang ada disekeliling kita adalah alat, maka kita akan sentiasa tidak berputus asa untuk berubah.Cuma kita yang perlu tabah dan cekap serta ISTIQAMAH untuk mencapai apa yang kita hajati.Buang jauh-jauh semua yang menjadi batu penghalang! Kerana halangan itulaha alasan yang kita ciptanya sendiri sedangkan halangan itulah yang menjadi kekuatan untuk BERUBAH

No comments: