Kasih sayang dan kebendaan merupakan dua elemen yang sememangnya perlu ada dalam setiap individu. Kedua-dua sifat ini menjadi "pertarungan" dalam menghadapi kehidupan seorang manusia.Apabila disebut "pertarungan" , maka sudah tentu akan wujud ukuran dan bagaimana cara untuk mengukurnya. Persoalannya, apakah yang menjadi landasan dalam mengukur kedua-dua sifat tersebut?
Analoginya begini,sebagai manusia yang menjadi khalifah di bumi Allah ini, kita dikurniakan akal dan nafsu untuk menilai yang mana kebenaran dan kebatilan. Namun, dalam menilai dua perkara ini, perlunya panduan daripada zat yang Esa supaya kebenaran dan kebatilan dapat dikenalpasti dengan baik dan lurus.
Berbalik kepada sifat kasih sayang dan kebendaan, kita memerlukan kedua-duanya, namun seandainya kita diberi pilihan untuk memilih, mana satu 'pemenangnya'?
Di sinilah kita memerlukan pertimbangan akal yang waras untuk memilih yang terbaik untuk diri. Ramai orang yang celik fitrahnya tentu akan memilih kasih sayang berbanding kebendaan kerana kasih sayang itu kekal dan tidak habis manakala kebendaan itu sementara dan cepat habis. Pemilihan ini nampak mudah tetapi untuk menghayati dan mengamalkannya sememangnya sukar.
Sebenarnya ia bergantung kepada persekitaran seseorang itu sama ada dalaman mahupun luaran. Dalaman itu penting kerana diri kita yang perlu 'bertarung' dengan kebendaan bagi memperoleh kasih sayang. Apa-apa perkara dalam dunia ini hanya boleh dimiliki dengan usaha dan iltizam yang tinggi. Begitulah kasih sayang, ia perlu dipupuk bukan direbut kerana kasih sayang itu tinggi darjatnya. Hanya mereka yang rendah hati dan sabar sahaja mampu mengatasinya. Biarlah usaha kita ikhlas kerana Allah bukan kerana manusia.
Berada di rumah sempena cuti semester kali ini meninggalkan seribu makna kepada diri. Bukan tidak pernah cuti
Kadang-kadang pelik kenapa kuasa cinta boleh menyebabkan seseorang anak itu melebihkan orang luar...