Sunday, November 20, 2011

Making Group and Team Decisions More Effective

* Being aware of the pros and cons of having a group or team make a decision
* Setting deadlines for when decisions must be made
* Avoiding dominance problems by managing group memberships
* Having each group member individually critically evaluate all alternatives
* Not making your position known to too early
* Appointing a group member to be a "devil's advocate."
* Holding a follow-up meeting to recheck the decision.

Saturday, November 19, 2011

Kesibukan berderet2


Btw, next week minggu exam untuk test 2(mid term).Dah lama tak post baru. Kadang2 terpikir perluka nak share hal tentang diri sndiri.Sangat 'weird' ,ada orang suka sangat share smua bnda, ada pulak share sebahagian n ada yang x langsung. Kehidupan ini mmg aneh, tp itulah hakikat kehidupan.Setiap manusia tu mmg berlainan, kalo sama mestilah jadi robot kan?? Ikut aja smua org suruh buat. Lagi satu, manusia sng sagt terpengaruh dgn kehidupan sekeliling. Mmmg x dinafikan kehidupan sekitr yang menjadikan kita manusia tp smua perbuatan tu baik utk kit.Untuk mudahkan , untuk siapakah hidup ini ? Untk manusia atau sang pencipta? Huuhu, selalunya, kita terperangkp dgn kehidupan dunia, mengejar kesibukan, kesngan, keseronokan n etc.Dunia ibarat "syurga in the making" padahal dunia lah yg bakal memberikan 1001 akibat di kdpan abadi. Jadi, cmna nak in the right path? jd la diri sendiri kerana itu mmg fitrh kita diciptakan.Bkn bermaksud penting kan diri sendiri, cuma amik yg elok buang yg buruk.

Sunday, January 16, 2011

Dimanakah Hala Tuju Dasar Luar Negara?

Sejak berlakunya peralihan kuasa antara Tun Abdullah dan Timbalannya ketika itu,Datuk Seri Najib Razak, kita di gembar-gemburkan dengan pelbagai pembaharuan terhadap dasar-dasar kerajaan atau pun bahasa yang lebih mencerminkan penjenamaan iatu Program Transformasi Negara(PTN).Dasar-dasar yang meliputi Satu Malaysia,Program Transformasi Ekonomi,Kerajaan dan Politik dan sebagainya.Kerajaan sndiri menyatakan program-program ini mampu melonjakkan negara ke tahap ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.Baiklah, semua program pembangunan sememangnya wajar dipuji kerana begitu menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk memacu ekonomi ke tahap yang lebih tinggi setelah Malaysia berhadapan dengan pertumbuhan sederhana selepas krisis ekonomi sejak tahun 97/98.Satu Malaysia juga satu pendekatan yang cukup baik bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum .


Namun ,persoalannya sekarang apakah dasar luar negara telah berubah?Dimanakah suara Malaysia dalam percaturan politik dunia? Adakah negara ini mula mengamalkan dasar luar yang pro terhadap sesuatu kuasa besar? Persoalan-persoalan ini sejak akhir-akhir ini kurang (kadang tiada langsung) mendapat sambutan di dalam media arus perdana mahupun alternatif.Semua pihak tertumpu kepada isu permainan politik negara yang saban hari semakin memualkan.Pakatan Rakyat yang diketuai (DAP...sebab merekalah yang mempunyai paling byk kerusi di parlimen berbanding PAS dan PKR walaupun tiada pengiktirafan diberikan) hanya menjadi pembangkang terhadap isu-isu dalam negara seperti APCO, Menara Warisan dan lain-lain .Dimanakah 'serangan' terhadap dasar luar negara seperti dalam persoalan2 td?

Bukan niat untuk memburukkan mana 2 pihak samada kerajaan mahupun pembangkang,akan tetapi'situsi ' ini nampaknya agak pelik sejak belakangan ini.Malaysia di bawah pentadbiran Najib sekarang ini lebih dilihat mula meningkatkan hubungan dengan Washington.Kalau dari aspek ekonomi memangla amat baik untuk pembangunan negara,namun yang menjadi persoalan ,sejauh manakah hubungan dagang ini bersangkut-paut dengan hubungan politik kedua-dua buah negara.Lawatan terbaru oleh Timbalan PM ,Tan Seri Muhyidin Yassin ke Amerika menguatkan lagi ke'pelikkan' sedangkan baru selang beberapa bulan lawatan Najib dan kunjungan Setiausaha Negara US,Hillary Clinton(sangat susah sebenarya untuk menteri2 US datang ke negara kecil seperti Malaysia )ke negara ini .

Biarlah perkara di atas menjdi persoalan, namun sebenarnya dimanakah suara Malaysia terhadap Palestin? Israel sehingga hari ini menujukkan sikap biadap yang cukup melampau dengan membenarkan pembinaan rumah pendatang Yahudi di tanah-tanah yang dijajah mereka.Rejim Zionis turut melakukan sekatan terhadap Genting Gaza sehingga membataskan pergerakan rakyat Palestin untuk mendapatkan 'hak sebagai manusia'(DIMANAKAH HAK ASASI MANUSIA WAHAI AMERIKA>>??) di muka bumi ALLAH inI.Sungguhpun Malaysia ini kecil dan tidak mendapat suara di pentas dunia,namun sekurang-sekurangnya KUTUKlah tindakan sedemikian rupa.Rasanya kali terakhir Najib megutuk tindakan Israel pun pada serangan ala komandu Isarel terhadap kapal misi bantuan Mavi Marmara(ini pun sidang medianya lewat!!).Malaysia sebenarnya agak membisu ketika ini setelah pentadbiran beralih tangan.Sebagai sebuah negara Islam,kita sepatutnya membantu negara saudara kita.Kalau tidak mampu pun,sekurang-kurangnya tunjuklah tanda keprihatinan terhadap isu ini .Isu Palestin ini sebenarnya merentas agamaa,politik dan seumpamanya.Adakah sikap 'membisu' ini kerana mahu menjaga perasaan Orang Amerika supaya tidak lari dari Melabur dI Malaysia? Padahal dahulu semasa zaman Mahathir ramai pelabur AMERIKA datang ke Malaysia untuk menanam modal walaupun Mahathir lantang mengkritik dasar luar Amerika.Janganlah demi kemajuan negara,abis semua "digadaikan".Negara ini ada prinsip.Peganglah kepada itu...














Utusan ,17 JANUARI 2011

Israel lulus bina 1,400 lagi rumah Yahudi

BAITULMAQDIS 16 Jan. - Israel akan meluluskan sebuah projek baru pembinaan besar-besaran melibatkan sekurang-kurangnya 1,400 buah rumah di sebuah kawasan penempatan haram Yahudi di timur Baitulmaqdis.

Projek perumahan itu akan dibina di kawasan penempatan Gilo, dekat Baitulaham, dan dijangka diluluskan oleh suruhanjaya perancangan daerah dalam masa beberapa hari akan datang, lapor radio tentera Israel hari ini.

Anggota majlis perbandaran yang diwawancara oleh radio itu mengesahkan projek tersebut, yang dikecam oleh golongan berhaluan kiri tetapi disambut baik oleh kem berhaluan kanan di Israel.

"Tidak syak lagi lampu hijau untuk projek pembinaan itu akan menandakan pukulan maut bagi proses damai dengan Palestin," kata anggota majlis perbandaran Baitulmaqdis, Meir Margalit daripada parti Meretz yang berhaluan kiri. - AFP

Rundingan damai antara Israel dengan Palestin menemui jalan buntu disebabkan isu penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis.

Palestin enggan berunding dengan Israel selagi rejim Zionis terus membina rumah-rumah di wilayah yang mereka tuntut untuk dijadikan sebuah negara Palestin, tetapi Israel berdegil untuk meneruskan kegiatan pembinaan tersebut.

"Gilo adalah sebahagian Baitulmaqdis dan pembinaan di kawasan penempatan itu tidak boleh dipertikaikan di Israel," kata Elisha Peleg, seorang anggota majlis perbandaran daripada Parti Likud yang berhaluan kanan, pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Projek yang dirancang oleh firma swasta itu dijangka siap dalam tempoh hampir empat tahun kerana kesukaran untuk melakukan kerja pembinaan di lereng curam di pinggir kota Baitulaham, Tebing Barat.

Projek pembinaan itu juga dijangka mendapat kritikan keras masyarakat antarabangsa.

Pada Mac 2010, Kementerian Dalam Negeri Israel mengumumkan rancangan untuk membina 1,600 rumah di Ramat Shlomo, sebuah kawasan penempatan Yahudi Ortodoks di timur Baitulmaqdis.

Pengumuman yang dibuat semasa lawatan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden ke Israel itu mencetuskan bantahan keras AS dan mengeruhkan hubungan Israel dengan Washington selama berbulan-bulan. - AFP

Wednesday, January 12, 2011

Tiada perubahan besar dasar hingga PRU1,ramal RGE




Siri pembaharuan ke atas dasar-dasar pro-Bumiputera yang hendak dibawa pentadbiran Najib kemungkinan hanya akan digerakkan selepas kepimpinannya memperoleh mandat baru yang mantap pada pilihan raya umum ke-13, demikian menurut analisis ekonomi global RGE Nouriel Roubini.

Dalam laporan “Wednesday Note - Malaysia’s Middle-Income Malaise” yang dikeluarkan semalam RGE berkata, Umno “tidak mungkin” merombak dasar-dasar sedemikian, yang dilihat banyak pihak sebagai menghalang usaha yang mahu menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi, sebelum pilihan raya umum kerana bimbang akan menyinggung pengundi-pengundi Melayu.

Pembaharuan-pembaharuan mesra pasaran di bawah Model Baru Ekonomi (MBE), yang cuba diperkenalkan pentadbiran Najib tidak mendapat sambutan menggalakkan di kalangan orang Melayu.

“(Mengambil kira) parti pemerintah bergantung pada sokongan Bumiputera, perubahan-perubahan besar tidak mungkin dilaksanakan sehingga pilihan raya baru diadakan dan (sehingga) kerajaan mempunyai keyakinan politik untuk berhadapan dengan bangkangan ke atas pembaharuan-pembaharuan yang hendak diperkenalkan,” kata RGE.

Dalam laporan semalam, The Malaysian Insider memetik sumber-sumber berkata, Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri dan pengerusi Barisan Nasional (BN) hanya akan memanggil pilihan raya umum ke-13 tergempar pada suku akhir tahun ini.

Spekulasi sebelum ini berkata, ia akan diadakan pada separuh pertama tahun ini.

Kepimpinan Najib akan genap dua tahun pada April ini.

Beliau mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen BN Sabtu lalu.

RGE menekankan, kemerosotan dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) tempatan sepanjang 10 tahun lalu merupakan salah satu manifestasi yang amat jelas mengenai perangkap pendapatan pertengahan yang merudung Malaysia.

Pada tempoh kemuncak sekitar 2000, sektor E&E merekodkan satu pertiga jumlah nilai tambah Malaysia dalam bidang pengeluaran, daripada 70 peratus pendapatan daripada eksport pengeluaran dan kira-kira empat peratus eksport E&E dunia, kata firma dari New York ini.

Bagaimanapun sektor E&E Malaysia menyaksikan penurunan dalam produktiviti, eksport tidak berkembang dan kemerosotan bahagian pasaran global sejak 2000 ekoran ketidakupayaan mempertahankan model pertumbuhan nilai tambah yang rendah sementara berhadapan dengan kos buruh yang tinggi, di samping peningkatan daya saing daripada negara-negara kos pengeluaran rendah seperti Filipina dan China, kata RGE lagi.

Ia menggariskan kesan-kesan “menyekat” dasar-dasar pro-Bumiputera ke atas pembangunan sektor E&E yang tegap dan pribumi sebagai punca utama kegagalan Malaysia untuk berubah ke tahap pengeluaran E&E yang tinggi tambah nilainya berbanding tahap “hiliran yang didominasi”.

Malah RGE berkata, “proses evolusi” ini ke arah pengeluaran huluan membolehkan negara “Harimau-hariman Asia’ seperti Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura berjaya dalam usaha mereka berubah sebagai negara pengeluar bernilai tambah tinggi dan seterusnya mencapai status negara berpendapatan tinggi meksipun berhadapan dengan cabaran seperti yang dialami Malaysia.

“Ketika peningkatan kos buruh menyebabkan kemudahan-kemudahan pengeluaran hiliran mengurangkan pasaran kos rendah, firma-firma Singapura cukup berpengalaman dan cukup berdaya saing untuk terus beroperasi dalam (Sektor) rangkaian bekalan E&E di tahap nilai tambah tinggi.

“Dalam keadaan ini, Singapura mampu untuk meningkatkan bahagian pasaran global E&Enya sejak 2000,” kata nota itu.

Sebaliknya, sektor E&E Malaysia tidak berupaya untuk mengubahsuai kedudukannya untuk menuju kepada persekitaran yang mempunyai lebih banyak kelebihan.

RGE berkata, sektor E&E yang tidak memperlihatkan prestasi yang menggalakkan sepanjang satu dekad lalu seharusnya menjadi satu amaran kepada pembuat dasar Malaysia bahawa penerusan dasar-dasar pro-Bumiputera yang dilihat “mengganggu” kemungkinan akan mengehadkan prospek pertumbuhan negara.

Malah katanya, dasar-dasar afirmatif juga telah memburukkan lagi masalah aliran keluar tenaga selain menyebabkan situasi strategi yang tidak menguntungkan kepada firma-firma tempatan, dengan membataskan modal insan dan kewangan, dan mengekalkan lapangan persaingan yang tidak sama rata bagi usahawan.

RGE dipengerusikan oleh Nouriel Roubini, yang terkenal kerana meramalkan krisis subprima tiga tahun sebelum ia tercetus di Amerika Syarikat.

KUALA LUMPUR.13 JANUARI 2011

OLEH YOW HEONG CHEAH

Semester 2 (Tahun 1)


Huhuhu.Sem baru menjengah kembali..Tiada apa yang baru sebenarnya.Seperti biasa pendaftaran kursus secara online, pemilihan kumpulan dan sebagainya mengisi minggu pertama .Bukan itu 'objektif' post ini sebenarnya,cuma terdapat beberapa persoalan pokok yang bermain di fikiran ini antaranya,

1) Mampukah sikap istiqamah itu dikekalkan dan dibaiki?
2) Sejauh mana tahap peningkatan produktiviti ke arah menjadikan diri berguna terhadap
masyarakat , agama, dan negara secara amnya?
3) Apakah strategi yang sesuai digunakan bagi 'menyempurnakan' subjek2 semester ini?

Semua persoalan ini hanyalah secebis daripada hati kecil ini.Sentiasa meronta-ronta mahu melakukan sesuatu yang sewajarnya namun disebabkan :Nafsu Itu: pelbagai perkara yang dirancang tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya .Namun , sebagai manusia dan hamba kepada Allah, sepatutnya menjadikan Islam sebagai cara hidup dan bukan simbol semata-mata.Seperti kata pensyarah TiTAS, janganlah manusia itu melihat kepada penganut agama tertentu namun lihatlah kepada nilai,hukum-hakam,sifat yang ada pada agama itu.

Saturday, January 8, 2011

Peluang Ke Berapa Kali


Kehidupan dunia yang sementara ini menuntut pengorbanan yang tidak terhingga kepada penciptaNya.Tanggungjawab seorang insan yang dijadikan oleh Allah ,Tuhan Sekalian Alam adalah untuk menjadi khalifah dimuka bumi dan beribadah kepadanya.Namun, umum mengetahui godaan dunia cukup berat untuk ditanggung.Ia menuntut kesabaran yang tinggi dalam memenuhi tuntutan melaksanakan segala perintah DAN meninggalkan laranganNya.Inilah yang memerlukan kita sentiasa beristiqamah.Sukar sebenarnya untuk melakukan sesuatu perkara dengan konsisten dan tetap.Jadi, kita sepatutnya sentiasa bermuhasabah diri dan menilai kembali apa maksiat(dosa) yang kita lakukan sepanjang kehidupan ini.Kita perlu menyedari betapa singkatnya hidup ni.Janganlah mudah berputus asa dengan rahmat Allah.Insyallah ganjaran yang amat besar menanti kita di sana.

* segala nukilan adalah untuk pengajaran diri sendiri dan siapa yang mahu mengambilnya

Wednesday, January 5, 2011

Memanjangkan Nyawa

'Aku tidak tidur pada malam hari,bimbang urusanku dengan Allah tidak selesai.Aku juga tidak tidur pada siang hari takut urusanku dengan manusia tidak selesai'.

Sayidina Umar al-Khattab