Monday, August 30, 2010

PALESTIN VS ISRAEL

Sudah lama isu ini berlaku.Pelbagai langkah, usaha dan cara dilakukan bertujuan memastikan nasib rakyat Palestin terbela.Namun apa yang ada hanyalah ibarat daun yang berguguran tanpa ada sebarang perkembangan konkrit berhubung isu ini.Bukan ingin menangguk air yang keruh tetapi sudah terang lagi bersuluh kebenaran sudah terbentang didepan mata. Kita mengetahui dasar pro-Israel yang diamalkan oleh Amerika sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Walaupun segala dasar yang dijalankan perlu mendapat kelulusan Senat, namun pentadbiran Amerika sebenarnya bertopengkan AIPEC.Pertubuhan Yahudi inilah yang menjadi tulang belakang kepada segala keputusan terhadap dasar-dasar luar Amerika.Namuin begitu, masih lagi terdapat segelintir rakyat Israel yang membantah segala perkara yang dilakukan oleh rejim Zionis ini....


Pelakon Israel boikot penempatan haram

BAITULMAQDIS 29 Ogos - Sekumpulan 57 aktor dan dramatis Israel enggan membuat persembahan di kawasan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat sebagai membantah dasar pendudukan Israel di wilayah Palestin.
Boikot itu dilancarkan hanya beberapa hari sebelum rundingan damai langsung Israel-Palestin tajaan Amerika Syarikat (AS) disambung semula di Washington.
Sejumlah 57 tokoh teater hari ini menandatangani petisyen untuk melancarkan boikot itu, didorong oleh rancangan untuk membuka sebuah teater tajaan kerajaan di Ariel, antara kawasan penempatan haram Yahudi terbesar di Tebing Barat.
Mereka yang menandatangani petisyen itu menggesa pengurus enam syarikat teater utama mengadakan persembahan hanya di wilayah Israel sebenar.
Tindakan boikot itu mendapat kritikan daripada kerajaan Israel yang menghadapi ugutan pihak Palestin untuk menarik diri daripada rundingan di Washington jika kawasan penempatan Yahudi diperluaskan.
"Pelakon di kalangan kami mengisytiharkan kami tidak akan hadir di Ariel dan di kawasan penempatan lain," menurut petisyen boikot yang diedarkan sebelum rundingan Israel-Palestin bermula pada Khamis ini.
Menteri Kebudayaan Israel, Limor Livnat, anggota kanan dalam Parti Likud pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, berkata, mereka yang menandatangani petisyen itu bertindak di luar batasan kerana kerajaan membiayai teater mereka.
"Mereka boleh memprotes terhadap pendudukan tanah (Palestin) tetapi dalam hal ini mereka tentunya mahu mengenakan boikot dan mencetuskan perbalahan dalam masyarakat Israel," kata Livnat kepada radio tentera Israel.
Aktor Oded Kotler yang turut menandatangani petisyen itu berkata, gaji yang diterimanya daripada kerajaan tidak akan menghalangnya daripada memulaukan kawasan penempatan Yahudi.
Sementara itu seorang rabai berpengaruh di Israel cuba meningkatkan ketegangan menjelang rundingan di AS dengan berkata, Tuhan patut menghantar wabak untuk memusnahkan penduduk Palestin dan pemimpin mereka.
"Abu Mazen dan semua penduduk yang jahat itu patut dilenyapkan dari muka bumi," kata Rabai Ovadia Yosef dalam ucapannya malam tadi, dengan menyebut nama yang biasa digunakan untuk Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
Yosef ialah pemimpin agama bagi parti pelampau Yahudi, Shas yang menganggotai kerajaan Israel. - Reuters

Sunday, August 29, 2010

Sekali lagi

Tiba-tiba terdetik pulak hidayah untuk meneruskan posting berikutnya.Sesungguhnya masih terlalu mentah untuk mengenali dunia blog ni.Pada pendapat saya adalah terlalu peribadi sekiranya sesuatu perkara untuk diluahkan bagi tatapan umum.Walaupun ayat yang digunakan memang skema tapi itu lah ..memang tidak bolih diubah pun.Baiklah setelah habisnya pengajian di KOLEJ MATRIKULASI KEDAH dalam kursus sains hayat tiba2 apabila melanjutkan pelajaran ke universiti bertukar pula kepada ijazah ekonomi.Memang ramai memandang pelik dengan tindakan seperti itu tetapi saya percaya dengan takdir allah.Sesunguhnya perkara yang telah berlaku itu sememangnya telah ditentukan oleh allah.Setelah hampir 2 bulan mengikuti bacelor ekonomi di UPM.Saya berasa agak seronok belajar kursus ini ...sebab.

1)Dalam kelas tak pernah pun rasa bosan sebab benda yang diajar tu macam sebati ja dengan diri.
2) Tak tension macam belajar sains..ini pendapat sendiri ja la..apa-apapun ia tetap bergantung kepada seseorang pelajar itu mengadaptasi sesuatu perkara itu dalam diri masing2.

Secara keseluruhannya,penulisan kali ini mungkin agak kaku,sebab lama tak menulis,dan semua ini adalah pendapat sendiri saja.wslm