Saturday, February 13, 2010

hidup kadang2 mendung,,

Dalam meneruskan perjalanan di atas muka bumi yang penuh dengan dugaan dan cabaran ,kita kadang2 alpa dengan pelbagai keseronokkan dunia yang tiada batasan.Pelbagai rintangan yang datang sehinggakan diri ini tak mampu untuk bertahan.Kita punya hasrat yang murni namun segala-galanya dianggap seperti tin kosong yang hanya pandai berterbangan di sana-sini. Hidup....hidup ....hidup...segala perkara yang dilakukan adalah bertujuan untuk memberi keadilan dan kepuasan kepada semua pihak ,tapi apakan daya sebagai seorang insan, kita selalu dianggap jahat sedangkan niat tersebut murni.Nampaknya cukuplah kesengsaraan yang dialami .Lebih baik fikirkan tentang diri sendiri daripada orang lain.Hidup perlu diteruskan, biarlah DIA... yang menghakimi diri.Sesungguhnya hanya DIA yang layak membaca isi hati yang lara ini.

Thursday, February 4, 2010

Diri ...IslaM. & ...

Kesekian kalinya ...catatan My Surf kedua dapat diterbitkan..alhamdulilah kepadaNya. Pada tika dan saat ini pelbagai isu-isu yang membelenggu masyarakat di Malaysia pada hari ini. Sebagai seorang islam kita seharusnya mengambil iktibar dan pengajaran atas apa yang berlaku terhadap umat islam masa kini. Oleh itu,sebagai seorang manusia yang benar-benar berpegang kepada al-quran dan as-sunnah sewajarnya kita sentiasa bersyukur atas segala nikmat iman dan islam yang dikurnai oleh Allah. Pelbagai isu-isu yang sedang hangat diperkatan pada hari ini khususnya isu penggunaan kalimah allah. Terdapat sebilangan segelintir masyarakat di Malaysia ini yang sentiasa ingin menncetuskan kekecohan sedangkan keamanan yang dikecapi sejak 52 tahun merdeka dapat dipertahankan sehingga hari ini. Baiklah, secara jujurnya, catatan My Surf pada hari ini adalah berkaitan dengan isu penggunaan kalimah dalam kalangan masyarakat yang beragama Kristian. Namun begitu, kupasan pada hari ini bukanlah berkaitan dengan kontroversi penggunaan kalimah allah, tetapi peranan dan tanggungjawab yang sepatutnya digalas oleh umat islam pada masa kini. Menurut seorang bekas paderi besar Jerman,Ustaz Ayub Abdul Rahman beliau telah mengatakan bahawa sekirannya umat islam gagal dalam kes rayuan terhadap penggunaan kalimah allah ke atas akhbar Herold maka kita sewajarnya bekerja lebih kuat lagi supaya masyarakat Kristian mempercayai bahawa agama mereka tidak benar dan terpesong daripada akidah sebenar. Munurut beliau, pada mulanya ajaran Kristian mempercayai satu tuhan namun begitu satu persidangan telah diadakan bagi membincangkan konsep ketuhanan mereka dan satu keputusan telah dicapai dan konsep Trinity telah diguna pakai. Namun begitu, bukan hal tersebut hendak dibahaskan kerana saya sendiripun belum mempunyai ilmu yang banyak berkaitan agama tersebut tetapi kita yang sepatutnya memperbaiki diri terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa tindakan. Selain itu, beliau turut mengulas berkenaan isu murtad dikalangan umat islam khususnya 'melayu' yang sebab munasababnya datang dari pendakwah-pendakwah Kristian. Umumnya dahulu kita dimomokkan kononnya golongan pendakwah Kristian(di Malaysia dan orang melayu khususnya), mempelopori tindakan mengkristiankan golongan melayu muslim. Sebenarnya,golongan paderi-paderi Kristian tidak suka orang melayu masuk Kristian kerana pelbagai masalah akan wujud seperti perkataan islam atas kad pengenalan . Mereka sedar ini akan menimbulkan pelbagai masalah kelak. Beliau mengulas terdapat lebih 40 kes yang berada ditangannya yang mahu menukar agama kepada agama kristian disebabkan oleh masalah keluarga,cinta dan sebagainya. Munurutnya lagi, tiada satu kes pun yang menunjukkan golongan ini mahu memeluk Kristian disebabkan oleh paksaan atau pun pendekatan dakwah yang diamalkan oleh paderi Kristian.Dalam pada itu, beliau turut mengataka bahawa ustaz-ustaz yang menyebarkan hal begini tidak melakukan kajian yang lebih mendalam.Oleh itu, kita sewajarnya jangan terlalu menuding jari kepada mana-mana pihak tanpa melakukan sebarang 'homework ". Kita perlu menyedari bahawa setiap berita yang dibawa perlu benar-benar diketahui fakta dan kebenarannya. Secara ringkasnya, selidikilah dahulu sebelum memberi tahunya kepada orang lain. Kita perlu ingat bahawa tidak semua kata-kata yang diperkatakan oleh 'seseorang' itu benar melainkan kita yang berhadapan dengan fakta tersebut.